Thursday 29 September 2011

6 Prinsip Asas Menguasai Bacaan Al-Quran

Untuk menguasai bacaan al-Quran, ada 6 prinsip asas yang perlu dipelajari: 

i)                    Keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik;
ii)                   Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan (fathah, kasrah dan dhommah);
iii)                 Kemahiran menguasai tanda baris dua bacaan (tanwin)
iv)                 Keupayaan mengenal tanda bacaan panjang (mad)
v)                  Kemampuan membaca tanda bacaan mati (sukun)
vi)                 Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda (sabdu) 

Pelajari Al-Quran Teknik Al-Baghdadi

Teknik Al-Baghdadi adalah satu lagi teknik baru yang diolah bagi memudahkan setiap lapisan masyarakat mempelajari ASAS al-Quran. Set Buku Teknik Al-Baghdadi menggunakan sistem SAS, padat dan ringkas serta kreatif melalui penemuan ABM yang dinamakan sebagai ALAT KETUK. Alat Ketuk ini dicipta untuk menarik minat anak-anak amnya untuk belajar Al-Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan serta merangsang kreativiti. Teknik Al-Baghdadi ini merangkumi 3 peringkat iaitu:




1) Tamhid - pelajaran asas mengenal huruf dan teknik bacaan untuk menguasai bacaan al-Quran dalam tempoh yang singkat. Menggunakan kaedah SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis) untuk membantu pembacaan yang betul selain dibantu dengan Alat Ketuk dan Playtime untuk merangsang minat pelajar untuk belajar. Sesuai untuk kanak-kanak yang baru hendak belajar juga orang dewasa yang ingin memperkukuhkan asas bacaan.





2) Tajwid - Membantu menguasai makhraj-makhraj huruf (tempat keluarnya hurf-huruf hijaiyyah di dalam struktur asas bacaan), menguasai teknik bacaan dan cara menyebut yang jelas dan mudah bagi huruf-huruf di dalam ayat al-Quran, dan keupayaan menguasai tanda bacaan waqaf (cara berhenti & menyambung bacaan).





3) Talaqqi al-Quran - membaca al-Quran dengan mengikut panduan bacaan guru.




Lokasi

Lokasi Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) Seksyen 23, Shah Alam ialah di No. 73A, Jalan Pelabur B, Seksyen 23, 40000 Shah Alam, Selangor. Premis ini juga digunakan oleh Pusat Tuisyen Hikmah Seksyen 23. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03 - 5541 1771 atau 013 -325 3369.